walau kita tak tahu takdir kita,
teruskan berdoa.
jangan, jangan sesekali kata :
"aku dah letih doa, tak dapat apa pun?"
"aku dah bosan bersabar, masih tak nampak hikmah lagi pun."
"aku dah terlalu kecewa ni belum lagi dapat petunjuk apa ni."
kenapa kita selalu nak mendahului Tuhan,
padahal Tuhan lebih tahu apa yang terbaik.
apa-apa yang DIA tangguhkan, inshaAllah ada sebab dan hikmah tersendiri. apa-apa yang DIA tahankan, mesti ada sesuatu yang DIA mahu kita sedar. apa-apa yang DIA rancang, adalah lebih baik dari yang pernah kita bayangkan.
pertolongan itu ada, kita cuma perlu sabar dan terus yakin pada-Nya.
Tuhan takkan bosan dengan doa, sehingga kita sendiri yang bosan berdoa. Tuhan suka mendengar suara hamba-Nya yang memohon pada-Nya, maka mohonlah, walau hingga kehabisan suara dan air mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan